Thursday, 22 March 2012

lagu sekolah :-


Kami berikrar penuh setia,
Mencapai cita,
Patuh pada ajaran guru,
Bapa juga ibu,
Ingin jadi rakyat yang berguna,
Bina nusa bangsa.
Sukan juga seni budaya,
Mengikut tunas agama,
Nama yang harum dibina,
SM Bukit Bandaraya.
Kami berikrar penuh setia,
Mencapai cita,
Patuh pada ajaran guru,
Bapa juga ibu,
Ingin jadi rakyat yang berguna,
Bina nusa bangsa.

gambar sekolah :-










sejarah sekolah :-

Dikenali sebagai Sekolah Menengah Taman Bandaraya. Pada ketika itu, pelajar-pelajar hanya 140 orang yang bermula dengan kelas peralihan sementara pelajar-pelajar tingkatan satu menumpang di Sekolah Menengah Bangsar.

Semua pelajar berpindah ke bangunan baru sekolah Bukit Bandaraya. Jumlah pelajar meningkat kepada 226 orang. kerana ramai pelajar yang menikmati sekolah ini, sebab terdapat jenis-jenis bidang. contohnya, katering, science, elektrik, account dan macam-macam lagi.

Jumlah pelajar seramai 1166 dan 76 orang tenaga pengajar serta 9 orang kakitangan pentadbiran dan juga 3 orang pembantu makmal. Terdapat 5 buah blok empat tingkat yang merangkumi bilik kelas, bilik masakan, bilik jahitan, bengkel-bengkel, bilik ekses komputer, bilik mesyuarat, bilik kaunseling, bilik guru, pejabat, bilik BOSS, makmal-makmal sains, perpustakaan & bilik media, tandaspelajar & guru, bilik disiplin, dewan mini, dan auditorium. Terdapat juga padang sekolah, tapak perhimpunan terbuka, kantin, bilik komputer, kolam ikan, teratak patriotisme, dan taman bunga.